Khamis, 3 Oktober 2013

Kenangan Bercuti Di Cameron Highland

                          Percutian ini sebenarnya dah lama, tahun lepas lagi, aku saja-saja nak post kat blog jer.  Seronok jugak percutian 2 hari 1 malam ni, maklumlah dengan  suasana sejuk ni, konon-konon cam kat Korea lah pulak. Hehehe...

Hari kami  sampai sana tu, hujan renyai-renyai, tu yang sejuknya memcengkam sampai ke tulang, Kami terpaksa membeli sarung tangan dan stokin sebab tak tahan kesejukan.  Encik suami pulak beli baju sejuk bagi mengelakkan serangan asma. Maklumlah saya hanya sediakan baju sejuk untuk anak-anak jer.

Petang tu kami merayau-rayau kat Pasar Malam, anak lelaki saya sukakan buah strawberry, puas dia makan sebab saya beli satu tray untuk dia, masa tu harga RM35 setray. Anak- anak perempuan biasalah nak bantal dan payung.

Posing dekat tempat penginapan .


Taman Herba MARDI







Taman Bunga MARDI












Taman MARDI





Ladang Teh Cameronian









Tiada ulasan:

Catat Ulasan