Khamis, 6 Mac 2014

Lasagna

Resepi Lasagna versi Nennie Blog....
BAHAN-BAHAN:
1 kotak instant lasagna
2 tin sos pasta bolognaise PREGO perisa tradisional
2 peket ayam cincang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
1 liter susu segar kotak
parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK SOS BOLOGNAISE :
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula ayam cincang dan kacau selepas itu masukkan sausage yang telah di potong nipis-nipis , terus kacau sampai ayam dan sausage masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos spaghetti Preggo dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

SOS BECHAMEL:
Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan kemudian masukkan susu dan terus kacau kuah ini . Masukkan sedikit parutan parmesan cheese dan serbuk black pepper. Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat . Boleh ditutup api dapur..
Cara memasak.....

Susun lapisan pertama lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai . Saya curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir supaya kuah sos bechamel yang sudah mesra bercampur dengan sos bolognaise meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna .

A - susun kepingan lasagna
B - lapis sos bolognaise ayam
C - lapis sos bechamel
D - tabur cheese

* Ulang susunan di atas sampai habis semua bahan - bahan .
Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehinga lasagna masak . Selalunya saya bakar sampai bahagian atas agak garing .

Isnin, 3 Mac 2014

Puding Roti Daging

Puding Roti Daging

Untuk Daging
1 labu bawang besar (sedap guna bawang holand,guna suku untuk cincang, selebihnya dadukan)
2 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar lada hitam (jenis kasar, tp sy maybe letak lebih kot, ni anggaran je)
1 biji kentang (yg besar, dadukan)
*7-8 biji cendawan butang (hiris-hiris)
*1 biji tomato (buang biji dan potong dadu)
1 tin kecil kacang peas
1/2 kiub ayam
daging kisar (kalau ramly dia jual keping2 kan, saya guna 1 keping, tapi rasanya kalau buat 2 keping pun ok gak)
sedikit mozarela cheese

Caranya
1. tumiskan bawang besar dan bawang putih
2. masukkan sedikit air, dan rempah kari
3. masukkan lada sulah, lada hitam
4. masakkan sampai rempah garing, dan naik minyak.
5. masukkan air dan masukkan kentang dadu
6. kentang agak lembut, masukkan daging kisar
7. elok masak daging dan kentang, then masukkan bahan lain, cendawan, tomato, kacang peas, bawang,
dan kiub ayam)
8. jangan biar bahan ni terlalu dry, biar basah-basah sikit
siap!!

untuk rotinya
4 biji bun burger (atau roti gardenia 10-12 keping kot)
1 cawan susu cair
1 cawan air
sedikit lada sulah dan garam
4 biji telur (2 biji untuk adunan roti, 2 biji lagi pukul untuk tuang atas puding nanti)

caranya
1. Roti burger tu gunting-guntingkan.
2. susu cair, 2 biji telur, air dan lada sulah dan garam satukan kacau-kacau
3. kemudian tuang bancuhan tu dalam roti yang dah siap potong..
(masa ni kena adjust sikit, jangan masukkan bancuhan sekaligus, agak-agak dengan roti.. agak-agak roti basah semua ok la jangan sampai terendam byk sangat, nanti terlalu cair, tak sedap, kalau sayang, ada roti lebih, masukkan)
4. amek loyang oleskan dengan majerin agar tak melekit
 (better guna jenis loose, yang boleh kita keluarkan nanti) kalau takder guna loyang biasa je la, saya tukang kek jadi loyang banyak jenis.. :-)
5. lapisan pertama letak separuh adunan roti tadi, kemudian lapiskan dengan daging tadi, kemudian letak lapisan roti pula, then lapisan sekali lagi adunan daging lagi sekali kat atas.
6. pukul 2 biji telur tadi dan tuang ke atas adunan puding tadi dan bakar dalam oven
guna api atas dan bawah, api bawah saya set 180, dan api atas saya set 150 je, tak mau daging tu kering sangat.
7. bakar lebih kurang 30-40 minit, then keluarkan taburkan mozarela cheese dan bakar lagi dalam 8-10 minit.
tadaaa siap...

*mozarela cheese beli kat bakeri shop, yang jenis satu ketul tu nak guna parut, saya tak suka beli yang kat hypermarket, sebab cheese dia tak 'bertali' tak syiok.. lagipun murah lagi yang cheese block ni.. seketul dalam 8-10 ringgit. boleh guna byk kali.
*bahan tambahan macam kacang peas, cendawan, tomato tu optional, tak bubuh pun takper, saya ni ala-ala abehkan stok bahan.

Ahad, 2 Mac 2014

Resepi Homemade Aiskrim

Ais krim pelangi

Bahan-bahannya:
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1 tin susu pekat (sy guna F&N - 505 gram)
setengah tin susu segar (sy guna susu dutch lady)
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pilihan (jika mahu..kalau tak nak pun tak pe.. sy tadi letak perisa jagung)
beberapa titik pewarna pilihan (sy guna star brand)

Cara-caranya:
1) masukkan semua bahan tadi dlm mangkuk dan pukul dengan mixer hingga naik dan kembang dan pekat.

2)kemudian bahagikan kepada beberapa warna pilihan.

3) mula melapis adunan . buatlah macam kek karamel tu.

4) masuk dlm peti ais dan sedia dimakan setelah ia mengeras.