Rabu, 20 Ogos 2014

MOIST CHOC. CAKE





MOIST CHOC. CAKE
Sumber, Dapur mak Lang

BHN A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

Cara
Pukul gula + telur = kembang (high speed)
Masukkan susu pekat }
Masukkan minyak }low speed
Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
Bakar 40-45’ - bakar dkt sejam(bergantung kpd oven masing2)

**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...

Selasa, 19 Ogos 2014

ReSePi : CHiCkeN BuTTeRMiLk


bahan2nya
Ayam ~ potong kecik2.. ** aku masak separuh ekor ayam je..


Bahan perap :
Garam
Serbuk kunyit
Tepung gandum
Serbuk kari daging 1 sudu besar 

** nak lg mudah kalo ada tepung segera mcm tepung kfc pun boleh..

Bahan2 lain :

~ Bawang besar sebiji di hiris
~ Bawang putih 3 @ 4 ulas di hiris
~ Daun kari suka hati byk mana
~ 4 sudu besar butter @ marjerin
~ Cili api kalo suka pedas.. cincang
~ Cili merah cincang suka hati
~ Susu cair ( aku guna whipping cream )
~ 2 keping keju Cheesedale **optional
Sedikit garam


Cara2 memasak :

Gaulkan ayam dengan bahan perapan.. goreng separuh masak.. angkat dan ketepikan

Panaskan kuali dan masukkan butter.. api jgn kuat nanti butter hangus.. tumiskan hirisan bawang2, daun kari, cili api, cili merah sehingga wangi..

Tuang 200ml susu cair/whipping cream.. masukkan keju dan kacau sebati.. kemudian masukkan ayam.. gaul supaya kuah sebati dgn ayam..

Kalau tak suka pekat sgt boleh tambah sedikit air.. bg aku takyah taruk air dah.. perasakan dgn garam ye.. siappp..

Isnin, 11 Ogos 2014

Sekitar Majlis Pertunangan


 Saya n sepupu en suami Nurul Farhana yang bertunang pada raya ke dua ari tu...




Mak Andak n Nurul


 Majlis Pertunangan Pak Lang
Faweezah n Atin,  Saya n my daughter Ika n Auni, Aunty, Nurul, Mak Andak , Mok Teh

Selfie D Hari Raya


Mak Andak, Aunty, Tuk Ma, Pak Su , Along , Kak Cik N Auni....gigih berselfie....hehehe

Majlis akad nikah Abe Ja

Ayam Penyet



Ayam Penyet
Bahan-Bahan :
Bahan Untuk Ayam :
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
1/2 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas Bawang putih
1 cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
sedikit tepung beras untuk menyalut ayam
Bahan Untuk Sambal :
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah - ikut kepedasan masing2
10 biji Cili padi
10 biji bawang merah - dihiris
5 biji tomato - dibelah 4
3 biji bawang putih - dihiris
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa
Cara-cara Menyediakan:
1. Cara Menyediakan Ayam Penyet :
2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
4. Setelah perap semalaman,salutkan ayam dengan tepung beras.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga garing.
6. * simpan air rebusan ayam untuk buat sup,masak nasi * simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu
7. Cara Menyediakan Sambal :
8. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
9. Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan.
10. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
11. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
12. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
13. Masukkan gula merah dan gaul rata.
14. Perasakan dengan garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
15. Cara Menyediakan Sup :
16. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
17. Tambahkan bunga lawang,cengkih,kayu manis serta sup bunjut.
18. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.