Ahad, 29 September 2013

KEAJAIBAN AL-QURAN: LAUT YANG TERPISAH






Kalau kalian mendengar kisah hidup seorang pengkaji lautan dan saintis daripada Perancis, maka kalian akan mula membuka minda mengenangkan betapa hebatnya Al-Quran yang sedang kalian pegang. Sesungguhnya rahsia ilmu ALLAH terkandung di dalamnya dan menunggu masa untuk digali oleh kita. Maka sesungguhnya sangatlah simpati kepada golongan yang cuba mengatakan bahawa Sains dan Islam itu harus dipisahkan.

Jaques Yves Cousteu telah menemui dua laut yang tidak bercampur di Lautan Atlantik dan Laut Mediternian yang tidak bercampur dengan satu sama lain. Ekspedisi meneroka tempat pertembungan dua lautan itu dijalankan dan rumusnya  Couseteu, terdapat sesuatu batas atau dinding yang menghalang daripada kedua-dua aliran air itu daripada bertemu dan bercampur baur.

Lantas Cousteu yang masih bingung untuk menjelaskan fenomena ini bertemu dengan seorang professor muslim untuk menjelaskan rahsia dan penemuannya. Dengan tersenyumnya, professor itu mengatakan bahawa pada satu detik, 1500 tahun yang lalu, seorang lelaki ummi dan buta huruf, duduknya pun di tengah padang pasir terik boleh menceritakan mengenai perkara itu.

“Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.” 

(Ar-Rahmaan: 19 – 20)

Dan…

"Dan Dialah (Allah) yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang satu tawar dan segar dan yang lainnya masin. Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus." 

(Al Furqan: 53)

Sejak hari itu, Cousteu mengatakan bahawa ayat di dalam Al-Quran itu bukannya datang dari Muhammad tetapi datang daripada penciptanya yang sudah mengetahui segala yang diciptanya. Dikhabarkan Cousteu telah memeluk Islam dan meninggal dunia dalam Islam pada tahun 1997. Wallahu'alam.

Maha SUCI ALLAH...

Kelebihan Bismillah 5




Apa itu Bismillah 5?

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

Maksudnya:

1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik.
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya
akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.

Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:

* Penawar bisa diri.
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
* Penawar bisa-bisa badan.
* Penawar sakit perut.
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 

Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh.


Sabtu, 28 September 2013

Menu Di Hari Minggu

Hari rasa nak makan lauk asam pedas , tapi tak pasti nak masak asam pedas ikan ke daging. Kalau asam pedas ikan kena ada daun kesum baru ummmmph.  Jadi nak mudah masak apa yang ada dalam peti sejuk, so aku masak asam pedas daging jelah.  Oleh kerana ada kimchi,  aku masukkan sekali dalam asam pedas tu.  Kalau ikut resepi aku yang betul, aku main campak2 jer. Daging aku kurangkan sebab anak-anak suka makan kuahnya aje.

                                 
                                 Resepi Asam Pedas Daging dengan Kimchi


  • 300gm Daging (ikut suka nak letak banyak mana) dipotong kecil2
  • semangkuk kimchi
  • Asam Jawa
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci lengkuas 
  • 1 @ 2 batang serai dititik (aku tak masukkan pon sbb tak ada stok)
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan cili kering yang telah di blender
  • 2 sudu besar serbuk kari daging Babas (ikut suka)
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya 


Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit di blend kemudian di tumis  hingga naik bau.  Bila dah naik bau masukkan cili kering dan serbuk kari daging.  Apabila tumisan dah betul2 masak  masukkan daging  dan digaul biar ia mesra.  Masukkan air secukupnya untuk kuah samada nak pekat atau cair . Bila mendidih, bolehlah dimasukkan kimchi.  Kalau kimchi tak berapa masam bolehlah dimasukkan air asam jawa.


Kimchi



Asam pedas kimchi bersama daging



Ikan Bawal  Masam Manis lauk sampingan.

Rabu, 25 September 2013

Novel Mr. Pie Epal


Aku suka baca novel ni....ada rasa happy, sedih but at the end bahagia.....Kisah cinta antara Cik Yaya dan Izz Amir...... 'sayang 14 juta kali'




gambaran watak Izz Amir...hensemnya...18juta kali.....hahaha....my hubby pon hensem gak...




Sambutan MerdekaRaya TABIKA KEMAS Peringkat Dun Mengkebang

 







  • Sambutan hari merdeka ini diadakan bersekali dengan Majlis hari raya, bermula dengan perbarisan,nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan mewarna, jamuan hariraya dan acara cabutan bertuah'
  • Senario menarik sepanjang hari tersebut ; 



Auni dok teruja tengok orang ramai


Kak Teh 




Yuni

Perarakan keluar padang






  


Tekunnya..



gelagat kanak-kanak mewarna.









Selasa, 24 September 2013

PUISI " JALAN-MU " DI PETIK DARI NOVEL "YA MAULANA"


           

                                                                       


                             
  " JALANMU "


Aku berlari....
Di bawah mentari dan langit-Mu
Cahaya mentari menyinarkan kekuasaan-Mu
Menembus kegelapan malam
Dan di bawah langit-Mu
Segala keindahan terbentang.....


Aku berlari....
Untuk menggapai cahaya Illahi
Agar mudah aku mengatur langkah kehidupan
Dan meninggalkan warna hitam yang pernah bertandang....


Aku berlari....
Peluhku berguguran
Mencari jalan rahmat-Mu
Di sepanjang  pelarianku, aku termengah-mengah
Nafasku sesak
Aku sebak....


Maafkan aku Ya Illahi....
Tak ku lewati jalan-Mu sebaiknya
Tak ku syukuri nikmat-Mu sepenuhnya....


Ah!!!!  Betapa lemahnya aku....
Kerana asyik mengenang masa yang berlalu
Sedangkan jalan-Mu terbentang luas buatku....


Illahi....
Akan aku telusuri jalan-Mu
Kerana hanya dengan jalan-Mu
Aku bisa berdiri kembali....


Illahi....
Bersama reda-Mu akan aku jalani hidup ini
Dan aku tak mahu berlari lagi......


HANA ILHAMI
" YA MAULANA "


  





Isnin, 23 September 2013

Pantai , Ombak dan Langit De wana.......











Aku saje-saje nak post gambar masa bercuti di De Wana Resort awal tahun ini....Tapi gambar ombak, pantai dan langit kirmizi....














 
      




Ahad, 22 September 2013

Kongsi gambar menarik dari Melur Jelita....

Gambar: Morning dew.
Salam divaz, hola divaz.
Bagi yang tak berjaya meneka, ini jawapannya.
Sekianlah saja EYE MO untuk pagi ini.
Tengahari lain pula ...ekeke
Semoga BERSEMANGAT DAN CERIA SELALU! <3

Aku suka tengok gambar-gambar macam ni, comel ajeee.......


Gambar: Morning dew.
Salam divaz, hola divaz.
Boleh teka dak ini apa?
Meh3..mari menekaaaaa...ekeke


Yang ni pun cute........


Gambar: Morning dew.
Salam divaz, hola divaz.
Boleh teka dak ini apa?

inilah rupanya cak cibor yang dikatakan oleh Firman dalam MYPI melur jelita...agaknyerlah.



Thank to melur jelita untuk gambar yang cantik,  menarik dan jelita habisssssssssss....






Jumaat, 20 September 2013

Family Day di Chalet Sri Telong Beach, Bachok.

Kami mula bertolak dari rumah dah hampir enam petang, encik suami balik kerja pukul empat setengah rehat kejap hilangkan penat, aku pulak dok kemas-kemas barang yang patut dibawa. Bila dah mula bertolak, aku pulak tertinggal phone terpaksa encik suami patah balik semula, mujur dia tak merungut. Hehehe...

Bila dah sampai di Bachok, waktu dah nak maghrib mulalah tak nampak jalan dan papan tanda ke chalet tu. Walaupun kami pernah menginap di chalet tu tapi bila dah malam, mata tua mula nampak berbalam-balam. Dua kali terpaksa berhenti untuk sesi pertanyaan barulah kami sampai ke tempat yang dituju.

Anak-anak pulak mula merungut kelaparan, lepas solat baru makan kata encik suami..Ohh..oh....aku senyum je. Makan malam mee goreng dengan keropok je sebab lepas isyak sesi barbeque akan bermula so makan ringan-ringan je lah yer......



 Kalau bermalam di kawasan pantai Aku paling teruja melihat pemandangan indah waktu senja.  Damainya terasa ketika merakamkan detik-detik matahari mula  terbenam  dan sewaktu matahari terbit waktu pagi.








                Indah nya ciptaan Tuhan,  hati aku rasa sayu ......


Gambar ini di ambil sewaktu kami dalam perjalanan ke Chalet. Ianya dirakam dari dalam kereta oleh anak perempuanku. Aku  sukaaaaa.....



Ni pulak senario matahari terbit di ufuk timur, Encik suami yang tolong rakamkan. Emmmm.....Thank you Ayang.

 .












           Cantikkan saat-saat matahari membiaskan cahayanya waktu pagi


Ini lah ragam anak-anakku kalau dah terlepas ke pantai. Hemmmmm.... macam macam diorang ni...



                         puteri cilik aku.  " Auni "..




                    ni kakaknya "Rafiqa"


                 anak buah "Una"  yang suka mengekor 


ni  lagi sorang lagi anak buah yang suka menyempitkan kereta "Asyraf Sinclair "


              Berlagak habisss Along mama ni . "Haziq"























   

Rabu, 18 September 2013

makanan untuk berkelah hari ini.

Hai tak tahu nak masak apa untuk pergi family day hari ini. Encik suami pula tak ada nak kongsi idea. Emmmm....masak meehun jelah untuk makan malam ini.  Untuk esok buat sambal bilis dengan ayam masak kicap, sambal tempoyak serta ulam-ulaman.

Call encik suami pulak tak dapat2, apa kena dengan line telefon la ni pun tak tahu. Makin canggih makin tersepit. Nak layan novel pun, kepala kusut karang tak pasal2 kena hipertension lak.

Isnin, 16 September 2013

habiskan baca novel qaseh nuralia imani

Daripada dok saja-saja baik layan novel.  Apapun jalan  ceritanya asal ianya memberi pengajaran dan pengetahuan tentang hidup dah cukup untuk aku.  Janji aku bahagia......ha....ha...ha..oklah nak layan baca enovel  rehan makhtar lak.