Rabu, 11 Mac 2015

Banjir....Gua...Musang





Sabsuka

BAHAN-BAHAN
1 /2 kg daging cincang
1 cawan sos tomato
½ cawan sos cili
1 tin kecil tomato puri
2 sudu kecil serbuk jintan manis
4 sudu kecil minyak sapi
2 sudu kecil cili kisar
½ cawan air
4 biji tomato – di dadu
4 biji bawang besar – di dadu
Sedikit serbuk lada putih dan garam

HIASAN
Hirisan lada merah dan hijau
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak, tumis bawang dan minyak sapi
  2. Masukkan cili kisar dan sebuk jintan manis.
  3. Masukkan daging cincang, gaul rata sampai keluar / pecah minyak
  4. Masukkan tomato, sos tomato, sos cili, puri tomato dan sedikit serbuk lada putih, garam dan air
  5. Taburkan bawang goreng dan daun sup semasa menghidang

Isnin, 1 Disember 2014

Pizza Tuna Roti High5




Pizza Tuna Roti High5
Oleh: SaYunk ChoMot
Pizza Tuna Roti High5
Oleh: SaYunk ChoMot
Kredit : ARJK
Roti high5
1tin tuna (ambil ikan sahaja dan lenyekkan)
Sosej (direbus dipotong bulat)
Thousan island
Mayonis
Bawang kuning (dimayang bulat)
Kiub nenas
Monzarella cheeze
Cheeze cheeder
Cara-caranya:
Alaskan tray oven dengan aluminium foil..Susun kan roti high5, sapu thousan island kemudian mayonis..taburkan isi ikan tuna,sosej,kiub nenas dan bawang..Kemudian letak pula cheese cheedar serta mozarella cheese.. Hias dia atas pizza dengan mayonis ikut kreativiti masing2.. Bakar pada suhu 170 selama 15minit atau sehingga chesee sudah cair.
Selamat mencuba!

Hari Konvokesyen My Little Auni

 Hari konvokesyen Auni Di Dewan Sivik Gua Musang......bersemangat membuat persembahan tarian India.....mekap sampai mama dia sendiri tak cam muka anak....so....sweeetttt...n sooo cute...dah besar anak mama....hemmm.... tahun depan dah nak naik darjah satu.....




Una , Auni dan Anis


Jumaat, 7 November 2014

KARIPAP CHEESE + SAUSAGE

KARIPAP CHEESE + SAUSAGE
Bahan kulit:
225gm tepung gandum
80gm margerin
70ml air @ secukupnya
sedikit garam halus
Caranya:
1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata .
2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin (saya guna mixer).
4. Pastikan masukkan air separuh2 . Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lg.
5. Ambil sedikit adunan, bulat2kan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya, tutup dan kelim ditepinya.
6 . Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas2....cheese meleleh2!
Bahan inti:
2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
sedikit daun sup
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya
susu cair secukupnya
sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong2
cheese cheddar secukupnya ~ dipotong2 ikut citarasa
Caranya:
1. Kentang yg dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair. Masukkan susu cair sikit2, kalau adunan dh lembut dan tak kering sangat, dah ok. Saya guna lada sulah berperisa AjiShio, mmng dah masin dan tak perlu tambah garam. Kalau guna lada sulah biasa, tambah garam sedikit.
2. Sausage boleh digantikan dgn jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.
3. Cheese tu.....kalau suka banyak, boleh potong 2 @ 3....kalau takut muak, potong kecil je.
4. Dah siap semuanya, bolehlah dimasukkan dalam karipap.
5. Kalau tak nak letak kentang, letak cheese dgn sausage je pun boleh....tp bagi saya, letak kentang lg sedap, tak muak sangat!!!.
6. Yg pasti.......karipap cheese mmng sedap!
selamat mencuba 

KeK Sarang Semut