Selasa, 29 Oktober 2013

Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.


Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat

( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”

(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.

Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”
dan

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”

Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahua’alam

THE RED WARRIORS DI HATIKU

                   This is Kota Bharu.....
24 Oktober 2013... Mak Andak belanja tengok bola   Kelantan vs  ATM.........
Kelantan berjaya ke peringkat akhir..TAHNIAH....TAHNIAH....TAHNIAH....
Semoga berjaya di Finale nanti...


mak andak dan pok su

along dan mak andak

tok bah dan mak andak


apek, wan badri, marlon, martiletto, piya, azman dan sathianathan..


Datuk Ahmad Yaakob dan Tan Sri Anuar Musa











Rabu, 23 Oktober 2013

7 AMALAN SUNNAH

7 amalan sunnah. .
InsyaAllah sama2 kita ambil pengajaran dan amalkan..insyaAllah.
.


1.. Solat Tahajjud walau sekejap.

Iyas bin Mu’awiyah Al-Muzni meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Boleh dikerjakan sembahyang malam meskipun (masanya) sekadar memerah susu seekor kambing. Dan (waktu) selepas sembahyang Isya’ itu dikira sebagai (waktu) malam” (Riwayat Tabrani)

2. Membaca Al-Quran walau sedikit.
Jadikan amalan membaca quran sebagai satu rutin harian samada 1 helai, 1 muka atau sekurang-kurangnya 3 ayat sehari. Membacanya dengan mulut dan memandang al-Quran dengan mata lebih banyak markahnya dari orang yang sekadar mendengarnya sahaja. Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

3. Solat Berjemaah.

Lelaki afdhal solat berjemaah di masjid. Bagi perempuan pula lebih afdhal sembahyang di rumah, tetapi dibolehkan berjemaah di masjid untuk keperluan menuntut ilmu.

“Dari Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)


4. Solat Dhuha

Rasulullah s.a.w. keluar menemui penduduk Quba ketika mereka melaksanakan solat Duha, lalu . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Solat Duha dilakukan apabila anak-anak unta telah berasa kepanasan (kerana sinaran matahari):” (Riwayat Muslim dari Ahmad). Rasulullah s.a.w. bersabda,”Dalam syurga, terdapat pintu yang bernama Ad-Dhuha. Apabila tiba Hari Kiamat, ada seseorang menyeru, ‘Mana orang yang mendirikan solat Dhuha? Inilah pintukamu. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah.” (Riwayat At-Tabrani) .

5.Bersedekah

Rasulullah s.a.w. bersabda “Tiada hari di mana hamba berada di dalamnya kecuali ada dua malaikat yang turun, salah satu dari keduanya berkata, ‘Ya Allah berikanlah ganti kepada orang yang bersedekah’, sedangkan satunya lagi berkata, ‘Ya Allah berikanlah kehancuran (bala) kepada orang yang tidak mau bersedekah’.

…dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam sedekahnya (Riwayat Thabrani melalui Uqbah Ibnu Amir r.a.).

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sedekah akan menutup tujuh puluh pintu keburukan“ (HR.Thabrani ). Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda, “Sedekah dapat menolak 70 macam bencana, yang paling ringan diantara bencana itu adalah penyakit kusta dan sopak“ (HR.Thabrani ).

6. Sentiasa Berwuduk

Orang yang sentiasa berwuduk bererti beliau berada di dalam keadaan bersih dan suci. Tanpa wuduk sesorang itu dianggap berhadas kecil (secara rohani) atau “hadas hukmi”, iaitu tidak suci dari pandangan hukum, walaupun tiada najis pada badannya tetapi dia tidak dapat melakukan ibadah tertentu selagi tidak berwuduk.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Beristiqamahlah, namun kamu tidak akan dapat menghitung nilai istiqamah. Ketahuilah, bahawa amalan kamu yang terbaik adalah solah (sembahyang). Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

7. Istigfar

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang ketika merebahkan dirinya ke tempat tidur mengucapkan istighfar 3 kali, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun seumpama buih lautan, sebanyak bilangan daun pokok, sebanyak bilangan pasir halus dan sebanyak bilangan hari-hari dunia.” (Riwayat Tirmidzi).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar(kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar (kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka (Riwayat Ahmad)

Ahad, 20 Oktober 2013

Sehari Di Trengganu (12 Okt 2013)



Bertolak pukul 9 pagi dari Keroh untuk kenduri kahwin Naim  di Dungun,


Pengantinnya..Naim

bersedia untuk berarak ke rumah pengantin perempuan.

perjalanan pulang dari Dungun ke Kuala Trengganu


Lebuhraya Pantai Timur II




Selain daripada menghadiri kenduri, kesempatan ini diambil untuk bertemu rakan sekelas semasa belajar di UiTM Shah Alam  tahun 1998-2002, Norshariza Ibrahim di Kg Wakaf Tengah, Kuala Trengganu. Rindu yang lama  terubat.

Rasa  cam jejak kasih lah pulak...entah bila pulak kan jumpa lagi...




mesranya Anas walaupun pertama kali bersua..

Sha, Anas dan aku






Ahad, 13 Oktober 2013

8 Fakta Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas

Setiap jenis makanan mempunyai khasiat yang berbeza. Begitu juga dengan makanan pedas. Makanan pedas mungkin menjadi kesukaan dari sebagian orang, tetapi ada juga orang yang tidak suka dengan makanan pedas.

Orang yang tidak suka makanan pedas kebiasaannya takut perutnya akan sakit ataupun telah mempunyai penyakit yang tidak boleh makan makanan pedas. Namun makanan pedas ternyata ada manfaat baik bagi tubuh kita.
1. Melancarkan pernafasan
Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.
2. Menjaga mood
Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
3. Mencegah Kanser
Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis zat dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit . Ia memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.
Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Memperbaiki fungsi penghadaman
Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Kapsaisin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit gastrik.
Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut.
5. Menghilangkan Gejala Selsema
Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain.
6. Menyihatkan jantung
Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik/LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat.
Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.
Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
7. Turunkan berat badan
Cili mengandung kapsaisin, , memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung.
Tambahan pula, kajian menunjukkan orang yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda.
8. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

Khamis, 10 Oktober 2013

Fakta Mengenai Kepimpinan Tersohor Tok Guru Nik Aziz TGNA

Fakta Mengenai Kepimpinan Tersohor Tok Guru Nik Aziz TGNA



 

Berita bersaranya Tok Guru amat menyentap ! Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

Fakta Mengenai Kepimpinan Tersohor Tok Guru Nik Aziz TGNA

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urus tadbir kewangan Islamik.
2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.
3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.
4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.
5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.
4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.
5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.
6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.
7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.
8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).
9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.
Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.
23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah…10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah..akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT meninggalkan asas yang cuku teguh utk diwarisi oleh generasi sahabat.

23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan.. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia

Selasa, 8 Oktober 2013

Projek Memikat Suami

Gambar: Next novel :) . Sebelum tayang jom baca dlu

Novel ni bagus untuk pasangan yang kena kahwin paksa....hahaha...harus baca dan praktikkanya....bersama suami anda....



second novel ni pon best gak....rasa cam aku kejab ada kat Bali, kejap kat Kemboja... hahaha..nak pegi tak mampu, baca novel jer lah yer...

Novel Hasil Garapan Rehan Makhtar


Ni sebahagian daripada karya-karya RM yang saje aku nak post.....

Mini novel yang aku baca kat blog ajer..


ni cerpen yang aku suka baca

novel ni best buat  jiwa kacau.... aku rasa  marah, benci, suka ,happy...terutamanya semua  watak  lelaki..But...hehehe...I Luv My Hubby.... 

Terlerai Kasih lebih kepada kisah keegoan lelaki manakala Bila Nak Saksi ada istimewanya tersendiri,  nak tahu...kenalah baca sendiri...

Kadang-kadang aku tak percaya,  ada ke ibu yang macam ni...rasa sedih, terkilan ....marah pon ada...biasalah akukan emosi sikit dalam bab cam gini...hehehe...





Isnin, 7 Oktober 2013

10 Pembentukan Awan Yang Sangat Menarik


1. Awan Pendaratan Ufo

awan ufo 300x168 10 Pembentukan Awan Yang Sangat Menarik

Ini adalah awan lenticular yang dikenali oleh orang tempatan di New Zealand sebagai ‘ binatang ‘. Ia kelihatan seperti pendaratan UFO besar-besaran kepada mereka. Gambar oleh Glynn Hubbard

2. Awan Cakera di atas Gunung

awan cakera 300x209 10 Pembentukan Awan Yang Sangat Menarik

Awan berbentuk Lens membentuk di kawasan tanah tinggi dan biasanya sejajar dan berserenjang dengan arah angin. Melihat kepada kepada bentuk mereka, ini menjelaskan yang bentuk awan ini terhasil daripada beberapa objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO).

3. Awan Mammatus

Awan Mammatus 300x225 10 Pembentukan Awan Yang Sangat Menarik
Awan Mammatus adalah awan bercorak sel kantung yang kelihatan seperti tergantung di bawah awan asas. Terdiri daripada ais, awan mammatus boleh mencapat kepanjangan sejauh beratus-ratus batu di setiap arah. Awan Mammatus sering hadir menandakan ribut akan datang atau sistem cuaca yang melampau akan melanda.

4. Undulatus Asperatus


Awan Undulatus Asperatus 300x225 10 Pembentukan Awan Yang Sangat Menarik

Walaupun mereka kelihatan gelap dan seperti ribut, mereka cenderung untuk hilang tanpa ribut yang terbentuk. Awan yang senang dilihat ini telah begitu biasa dilihat di negeri-negeri Plains di Amerika Syarikat.

5. Awan Gulung

awan gulung 300x225 10 Pembentukan Awan Yang Sangat Menarik


Sebuah awan gulung adalah sejenis awan yang rendah, mendatar dan awan arcus yang agak jarang dijumpai. Awan gulung pantai telah dilihat di California, Selat Inggeris, Pulau Shetland, Lithuania dan Timur Rusia.

6. Awan Pyrocumulus

Pyrocumulus ialah awan tebal yang terbentuk daripada kebakaran atau aktiviti gunung berapi. Sebuah awan pyrocumulus dihasilkan oleh pemanasan udara yang sengit udara dari permukaan.


7. Awan Berombak
awan berombak 300x199 10 Pembentukan Awan Yang Sangat Menarik

Sebuah awan berombak adalah satu bentuk awan yang dicipta oleh gelombang. Berkemungkinan, perolakan mudah dari puncak gunung membentuk awan berombak ini. Ini berlaku apabila perolakan memaksa gelombang atau gelombang lenticular  untuk bergerak ke udara yang lebih stabil di atas.

8. Awan iridescence

awan iridescence 300x198 10 Pembentukan Awan Yang Sangat Menarik

Awan iridescence berlaku apabila terbentuknya warna dalam awan yang sama dengan apa yang dilihat dalam filem-filem minyak . Ia adalah satu fenomena yang agak luar biasa dan disebabkan oleh fenomena pembelauan oleh titisan air kecil atau kristal ais kecil secara individu menyebarkan cahaya.

9. Awan Rak



10. Awan Noctilucent


Noctilucent clouds 400x228 300x171 10 Pembentukan Awan Yang Sangat Menarik

Awan Noctilucent adalah fenomena yang lemah seperti awan yang berbucu kasar yang lebih cerah dan lapisan awan kutub meluas yang  dipanggil awan mesospheric kutub, dilihat dalam senja yang mendalam. Mereka diperbuat daripada kristal air ais.




























Ahad, 6 Oktober 2013

AMALAN SEHARIAN YANG DITUNTUT.

[Doa-Doa Al-Quran Yang Boleh Diamal Untuk Anak] 1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa 2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102 3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24 4. Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5 5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali InsyaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.






7 PETUA REZEKI SEMAKIN BERTAMBAH DAN BARAKAH

Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup
  1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)

  2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)

  3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi sembahyang tahjud, hajat, dan taubat)

  4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu)

  5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)

  6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa

  7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita)

 


Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera -


Semua orang tahu bahawa betapa pentingnya proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan. Walau bagaimana pun badan kita sebenarnya seringkali dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat.
Ditambah lagi pertambahan toksin-toksin dalam badan yang diambil secara langsung ataupun tidak melalui makanan, air, produk pembersihan dan kosmetik. Hakikatnya memang ada banyak kaedah detokfikasi yang boleh dilakukan, namun kita harus sedar bahawa kaedah semulajadi jugalah yang merupakan kaedah yang terbaik!
1) Aloe Vera
Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan yang sangat hebat dalam menyingkirkan toksin dari badan, selain daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita untuk minum secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 11 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
2) Dandelion
Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion segar dimasukkan dalam secawan jus salad bagi memberikan kesihatan yang terbaik!
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 2 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
3) Kale
Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa pahitnya, kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 3 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
4) Artichoke
Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya yang membantu penyingkiran semulajadi toksin dalam badan. Artichoke membersihkan dan melindungi hati, serta sistem pencernaan. Ia juga membantu menguraikan  lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 4 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
5) Coriander
Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksin serta logam berat daripada badan. Selain itu, kandungan pati minyak yang terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan merangsang sistem pencernaan dengan lebih baik.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 5 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
6) Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan! 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 6 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
7) Broccoli
Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada setiap hari. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 7 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
Sayuran hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksin dengan berkesan. Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi proses pembuangan toksin daripada badan dengan lebih sempurna! Jom amal sekarang!
- See more at: http://fuh.my/fuh-petua-lancarkan-pembuangan-toksin-dari-badan-dengan-segera/#sthash.3OZGpQdt.dpuf

Fuh!! 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Mesti Tahu

Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Mesti Tahu

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
- See more at: http://fuh.my/fuh-5-rahsia-di-bilik-hotel-yang-kita-mesti-tahu/#sthash.AXc3cWCv.dpuf