Ahad, 6 Oktober 2013

AMALAN SEHARIAN YANG DITUNTUT.

[Doa-Doa Al-Quran Yang Boleh Diamal Untuk Anak] 1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa 2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102 3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24 4. Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5 5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali InsyaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.






7 PETUA REZEKI SEMAKIN BERTAMBAH DAN BARAKAH

Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup
  1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)

  2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)

  3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi sembahyang tahjud, hajat, dan taubat)

  4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu)

  5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)

  6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa

  7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita)

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan