Sabtu, 28 September 2013

Menu Di Hari Minggu

Hari rasa nak makan lauk asam pedas , tapi tak pasti nak masak asam pedas ikan ke daging. Kalau asam pedas ikan kena ada daun kesum baru ummmmph.  Jadi nak mudah masak apa yang ada dalam peti sejuk, so aku masak asam pedas daging jelah.  Oleh kerana ada kimchi,  aku masukkan sekali dalam asam pedas tu.  Kalau ikut resepi aku yang betul, aku main campak2 jer. Daging aku kurangkan sebab anak-anak suka makan kuahnya aje.

                                 
                                 Resepi Asam Pedas Daging dengan Kimchi


  • 300gm Daging (ikut suka nak letak banyak mana) dipotong kecil2
  • semangkuk kimchi
  • Asam Jawa
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci lengkuas 
  • 1 @ 2 batang serai dititik (aku tak masukkan pon sbb tak ada stok)
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan cili kering yang telah di blender
  • 2 sudu besar serbuk kari daging Babas (ikut suka)
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya 


Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit di blend kemudian di tumis  hingga naik bau.  Bila dah naik bau masukkan cili kering dan serbuk kari daging.  Apabila tumisan dah betul2 masak  masukkan daging  dan digaul biar ia mesra.  Masukkan air secukupnya untuk kuah samada nak pekat atau cair . Bila mendidih, bolehlah dimasukkan kimchi.  Kalau kimchi tak berapa masam bolehlah dimasukkan air asam jawa.


Kimchi



Asam pedas kimchi bersama daging



Ikan Bawal  Masam Manis lauk sampingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan