Jumaat, 20 September 2013

Family Day di Chalet Sri Telong Beach, Bachok.

Kami mula bertolak dari rumah dah hampir enam petang, encik suami balik kerja pukul empat setengah rehat kejap hilangkan penat, aku pulak dok kemas-kemas barang yang patut dibawa. Bila dah mula bertolak, aku pulak tertinggal phone terpaksa encik suami patah balik semula, mujur dia tak merungut. Hehehe...

Bila dah sampai di Bachok, waktu dah nak maghrib mulalah tak nampak jalan dan papan tanda ke chalet tu. Walaupun kami pernah menginap di chalet tu tapi bila dah malam, mata tua mula nampak berbalam-balam. Dua kali terpaksa berhenti untuk sesi pertanyaan barulah kami sampai ke tempat yang dituju.

Anak-anak pulak mula merungut kelaparan, lepas solat baru makan kata encik suami..Ohh..oh....aku senyum je. Makan malam mee goreng dengan keropok je sebab lepas isyak sesi barbeque akan bermula so makan ringan-ringan je lah yer......



 Kalau bermalam di kawasan pantai Aku paling teruja melihat pemandangan indah waktu senja.  Damainya terasa ketika merakamkan detik-detik matahari mula  terbenam  dan sewaktu matahari terbit waktu pagi.








                Indah nya ciptaan Tuhan,  hati aku rasa sayu ......


Gambar ini di ambil sewaktu kami dalam perjalanan ke Chalet. Ianya dirakam dari dalam kereta oleh anak perempuanku. Aku  sukaaaaa.....



Ni pulak senario matahari terbit di ufuk timur, Encik suami yang tolong rakamkan. Emmmm.....Thank you Ayang.

 .












           Cantikkan saat-saat matahari membiaskan cahayanya waktu pagi


Ini lah ragam anak-anakku kalau dah terlepas ke pantai. Hemmmmm.... macam macam diorang ni...



                         puteri cilik aku.  " Auni "..




                    ni kakaknya "Rafiqa"


                 anak buah "Una"  yang suka mengekor 


ni  lagi sorang lagi anak buah yang suka menyempitkan kereta "Asyraf Sinclair "


              Berlagak habisss Along mama ni . "Haziq"























   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan