
Kalau kalian mendengar kisah hidup seorang pengkaji lautan dan saintis daripada Perancis, maka kalian akan mula membuka minda mengenangkan betapa hebatnya Al-Quran yang sedang kalian pegang. Sesungguhnya rahsia ilmu ALLAH terkandung di dalamnya dan menunggu masa untuk digali oleh kita. Maka sesungguhnya sangatlah simpati kepada golongan yang cuba mengatakan bahawa Sains dan Islam itu harus dipisahkan.
Jaques Yves Cousteu telah menemui dua laut yang tidak bercampur di Lautan Atlantik dan Laut Mediternian yang tidak bercampur dengan satu sama lain. Ekspedisi meneroka tempat pertembungan dua lautan itu dijalankan dan rumusnya Couseteu, terdapat sesuatu batas atau dinding yang menghalang daripada kedua-dua aliran air itu daripada bertemu dan bercampur baur.
Lantas Cousteu yang masih bingung untuk menjelaskan fenomena ini bertemu dengan seorang professor muslim untuk menjelaskan rahsia dan penemuannya. Dengan tersenyumnya, professor itu mengatakan bahawa pada satu detik, 1500 tahun yang lalu, seorang lelaki ummi dan buta huruf, duduknya pun di tengah padang pasir terik boleh menceritakan mengenai perkara itu.
“Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.”
(Ar-Rahmaan: 19 – 20)
Dan…
"Dan Dialah (Allah) yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang satu tawar dan segar dan yang lainnya masin. Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus."
(Al Furqan: 53)
Sejak hari itu, Cousteu mengatakan bahawa ayat di dalam Al-Quran itu bukannya datang dari Muhammad tetapi datang daripada penciptanya yang sudah mengetahui segala yang diciptanya. Dikhabarkan Cousteu telah memeluk Islam dan meninggal dunia dalam Islam pada tahun 1997. Wallahu'alam.
Maha SUCI ALLAH...






