Rabu, 11 Mac 2015

Sabsuka

BAHAN-BAHAN
1 /2 kg daging cincang
1 cawan sos tomato
½ cawan sos cili
1 tin kecil tomato puri
2 sudu kecil serbuk jintan manis
4 sudu kecil minyak sapi
2 sudu kecil cili kisar
½ cawan air
4 biji tomato – di dadu
4 biji bawang besar – di dadu
Sedikit serbuk lada putih dan garam

HIASAN
Hirisan lada merah dan hijau
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak, tumis bawang dan minyak sapi
  2. Masukkan cili kisar dan sebuk jintan manis.
  3. Masukkan daging cincang, gaul rata sampai keluar / pecah minyak
  4. Masukkan tomato, sos tomato, sos cili, puri tomato dan sedikit serbuk lada putih, garam dan air
  5. Taburkan bawang goreng dan daun sup semasa menghidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan